Pengalaman SL1M TNB-IBE

by - November 05, 2017


ok lets talk about SL1M

I berasal dari Melaka, berumur 24 tahun (2017). Pemegang Sarjana Muda Kepujian dalam Teknologi Maklumat major (Sistem Maklumat). Sekarang bekerja dalam bidang National Security & Defence.  

I join SL1M TNB-IBE (Industri Bekalan Elektrik) pada Nov 2015 sehingga Julai 2016 (8 Bulan) di bahagian Business Partner, ICT TNB.  Sebelum I join, kene pergi interview dulu. Interview di TNB Dua Sentral. Sehari sebelum I pergi interview, I buat some research and hafal (haha). Pendek kata I cuba hafal TNB background apa semua. Bila dh sampai hari interview, tunggu punyalah lama. Sebab ramai jugak yang datang interview. Bila dah nervous, semua yang I hafal terus hilang. Tapi no worries, bila dh masuk. Rupanya diorang (interviewer) tu tanya sikit je pasal TNB. You confirm boleh jawap. Contohnya "Awak tahu TNB buat apa?" "Apa yang awak boleh sumbangkan kalau kami amik awak?", dan sedikit family introduction.

Ok move on, I diterima. 
Hari pertama kene isi borang dan akan dibahagikan ikut group. Masa ni akan ada pemilihan ketua dan penolong kelas. Jadual kelas pun akan diedarkan untuk hari esok, Kontrak SL1M TNB hanya 8 bulan sahaja, elaun RM1500 (masa tu). Sebulan (1) awal akan ada softskill trainning di ILSAS, TNB. Semasa di ILSAS, tempat tinggal & makanan disediakan. Elaun RM1500 juga disediakan. Masa ni korang boleh save duit untuk buat sewa bilik masa On Job Trainning (OJT). Korang kene bawak barang-barang keperluan je tau. 

Contoh apa yang I ingat: 
  1. Pakaian (formal, riadah, tidur) I biasa pakai kemeja dan baju kurung kalau pergi kelas. 
  2. Kelengkapan mandi. Masa ni i x bawak bakul letak berus gigi etc. I berus gigi dekat bilik je sebab dalam bilik ada singki. Nak senang bawak shampoo dan sabun je hehe. Jgn lupa bawak sabun cuci baju. Ampaian disediakan.  
  3. Kasut formal dan alat tulis (untuk buat nota) etc.
  4. Hanger 
Ini je gambar bilik yang ada
Masa di ILSAS, I belajar semua benda basic termasuk berkaitan pencawang. Jadi masa ni banyak yang I belajar. Bila ada aktiviti site visit pencawang. Lagi rasa best. Sebab kita boleh bayangkan apa yang kita belajar tu dengan real thing. Kelas I masa ni semua belajar bidang engineering. Jadi diorang yang lebih excited. Kita biasa-biasa je haha. You masa ni jangan buat hal sendiri je, kalau diorang ajak lepak, Apa salahnya. Nanti dah kerja, lagilah you kene pandai bergaul. Makanan di ILSAS semua sedap dan makan 4x sehari. Jadi you akan kenyang duduk sini, jangan risau. Seminggu sebelum hari terakhir trainning soft skill, pihak pengurusan SL1M TNB akan bagitahu via email lokasi On Job Trainning untuk 6 bulan. Masa batch I, course IT akan dapat area KL. I nasib baik dapat di Dua Sentral, dekat dengan public transport (Kuala Lumpur Station). 

Korang akan ditempatkan mengikut bidang yang korang belajar mengikut division di TNB. 
  1. Distribution
  2. Corporate (ICT)
  3. Generation
  4. Transmission
  5. Human Resources 
  6. Finance
Persembahan Terbaik. 
Di Dua Sentral, I ditempatkan dia ICT Business Partner. Lebih kepada front line. Ada beberapa tip yang I nak share untuk buat diri you menyerlah, mana tahu rezeki you diserap. I dapat tawaran sambung kontrak lepas 2 - 3 bulan habis tapi I dah dpt kerja tetap masa tu (sekarang). Jadi I tolak T_T
  • Take part dalam semua aktiviti yang department korang organize. Dulu I selalu jadi MC, take part dalam persembahan Gala Night ICT. 
  • Pastikan you sentiasa ada kerja. 
  • Double check semua kerja you. 
  • Siapkan kerja sebelum dateline. 
  • Present semua kerja yang you buat dekat supervisor. I buat slide
Selepas 6 bulan OJT, 1 bulan akhir semua SL1M batch TNB SL1M 3/2016  kene pergi seminggu OBM (Outward Bound Malaysia) di Lumut, Perak. Jangan lupa bawak sunscreen sbb I kene sunburn lepas aktiviti tu semua. Tujuan OBM ni untuk bantu kita bina Team Building dan confident diri. Highlight OBM ni paling mencabar bila kene kayak keliling pangkor. Dengar macam menakutkan, tapi SERONOK. You boleh nampak dasar laut sebab air jernih, boleh nampak batu karang. Ayat yang mampu keluar masa tu cuma WAHHH. Untuk pengatahuan semua, I mabuk laut. Tapi I managed to survive masa kayak. TAPI bila I naik bot, terus mabuk dannnnnn muntah (hahaha). Setiap hari berpeluh. Satu lagi, sampai sana, purse dan phone akan disimpan oleh pihak OBM tapi gopro dibenarkan. Kelengkapan yang penting:

  1. Pakaian (jersi, seluar track, tudung sarung)
  2. Kelengkapan mandi dan perfume
  3. Towel
  4. Topi & kain lap peluh
  5. Sarung tangan untuk tracking
  6. Kasut sukan & stokin
  7. Kasut getah (untuk aktiviti air)
  8. Minyak angin (jika perlu)
  9. Lampu suluh
  10. Beg plastik kosong
  11. Botol air


Selesai aktiviti di OBM. Semua akan balik ke ILSAS untuk sambung softskill trainning. Tempoh yg berbaki tu you akan belajar ikut bidang you. Kebanyakan dari course ni akan dapat sijil. Jadi ini adalah bonus untuk future job nanti. Masa interview bolehlah bawa semua sijil2 tu. 


















KESIMPULAN

I selalu dengar org cakap SL1M ni certain company ambil kesempatan, nak jimat duit je. Untuk pengatahuan, company ambil SL1M sebab adanya program ICP. Jadi company2 ni kene menyumbang semula kepada kerajaan ikut jumlah kontrak dengan kerajaan. Dan semuanya ditanggung oleh company. Bagi I, program ni bagus untuk lepasan pelajar untuk dapatkan pengalaman dan future expectation. Ramai yang suka memperkecilkan peserta SL1M kata tak bagus dan tak berbaloi. Tapi I rasa Skim Latihan 1 Malaysia ni memang bagus. Dekat sini semua anggap you dalam proses belajar, jadi semua orang sanggup ajar you every step. Bila dah bekerja tetap sekarang, x ada maknanya org nak ajar you satu-satu. SEMUA SENDIRI T.T 

Anyways, goodluck semua. 

You May Also Like

0 comments